Wednesday, November 2, 2011

Siapakah anda dalam facebook?? kenali karakter anda melalui status facebook anda.







(Tak ada kerja)
Orang jenis sibuk update status Facebook 18 kali sehari.Semua aktiviti nak update dalam Facebook atau Twitter.Contohnya 'Baru bangun tido' then selang seminit 'Tengah pakai tuala nak pergi mandi' selang beberapa minit lepas tu 'segarnya lepas mandi dengan shokubutsu perisa oren'.Nak tunggu dia pakai baju saja dah berpuluh-pulus status dia update.

(Mat atau Minah Jiwang)
Status semua jiwang-jiwang penuh dengan bahasa-bahasa sastera yang jarang difahami.Dah boleh kira tahap Bahasa Melayu Klasik.Kalau A.Samad Said baca status dorang ni confirm menangis 7 hari 7 malam.Contohnya macam ni 'sudah tiba saat dan waktu untukku menutup mataku...terasa kepenatan dalam setiap hembusan nafasku...degupan jantung semakin perlahan...mungkin kita akan ketemu lagi di lain masa...selamat malam'.Padahal nak wish selamat malam saja tapi dia punya panjang sampai meleret-leret.

(Berlagak)
Orang-orang jenis selalunya tak ada lah nak tujuan berlagak pun tapi kalau kita baca memang bunyi statusnya macam berlagak.Contoh status nya 'Baru dapat kereta BMW yang ditempah sebulan lepas', 'Fuh, memang sedap makanan dekat Hotel New York ni' dan lain-lain lagi.Kadang-kadang kalau baca pun ada rasa menyampah tapi lantak lah janji dorang happy.

(Suka Memberi Nasihat)
Orang-orang jenis ni memang bagus.Selalu bagi tazkirah dan peringatan-peringatan melalui status Facebook.Secara tak langsung orang lain dapat mengambil iktibar dan pengajaran.Biasalah manusia kan mudah lupa sebab tu kita selalu kena diperingatkan.Betul tak kawan-kawan? Contohnya status ialah macam ni 'Sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya'.

(Pemarah atau Terlalu Beremosi)
Orang jenis yang aku kurang berkenan sikit.Facebook dengan Twitter tu dah jadi macam tempat melepaskan kemarahan saja.Sikit-sikit nak maki sikit-sikit nak mencarut dekat Facebook.Macam dah tak ada perkataan lain nak tulis dekat Facebook.Apa salahnya kalau taip Subhanallah ke Alhamdulillah ke kan lagi baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...